F.O.O.D is L.O.V.E

-Masakan Tradisional dan Moden -

I AM BACK with Trippel T



Salam adik-adik,baby-baby,mummy,daddy ,ibu-ibu ,papa dan mama semua .....wow amat letih sekali masuk hutan ini ,uncle masuk hutan bukannya apa ,sebab uncle buat program masakan bersama kanak-kanak sekolah belajar erti hidup dalam hutan, survivor , kalu baby semua dah besar bolehlah panggil uncle ya nanti.....heheheh

Resepi ini sesuai untuk baby 12 bulan ke atas

ok untuk minggu ini uncle nak buat resepi special untuk baby dirumah yang lama uncle tinggalkan

  • 1 block - Tauhu putih lembut
  • 1 biji telur
  • 1 tin Tuna (Ayam brand in sunflower oil)
  • 1 sb - daun bawang cincang
  • 1/2 sudu teh garam (terpulang pada ibu2 nak masukkan atau tidak)
  • 1 sb tepung jagung
  • Sedikit serbuk lada putih
  • Bahan Tabur: Daun bawang cincang, bawang putih goreng, kicap cair, minyak gorengan bawang putih

Cara-cara

  1. Dlm mangkuk, campurkan kesemua bahan2 sehingga sebati. Pindah ke dlm piring tahan panas, ratakan dan stim selama 15 min dengan api besar.
  2. Keluarkan dan taburkan bahan tabur dan hidang panas-panas. Boleh makan dgn nasi dan sayur.
  3. Soft_tauhu
    Contoh tauhu lembut
  4. Tuna (Ayam brand in sunflower oil)
    Tuna yg uncle gunakan. Boleh juga gunakan tuna jenis lain

0 comments:

Post a Comment

 
Créditos: Templates Novo Blogger | Distributed by Blogger Blog Templates