F.O.O.D is L.O.V.E

-Masakan Tradisional dan Moden -

Resepi Rendang Tok



Ni adalah resepi Rendang Tok yang telah diajar kepada para peserta kursus masakan belia.. kemungkinan ada pelbagai versi utk rendang tok ni..jadi cuba2lah sediakan mengikut resipi ni pula..Selamat Mencuba

Bahan-bahannya:
Daging 1kg
bawang merah 6biji
halia 3cm
serai 2 batang

Bahan A
Jintan manis 10gm
Jintan putih 10gm
ketumba 10gm
(semua ni digoreng tanpa minyak)
buah pelaga 8 biji dibuang kulit

Bahan B
kayu manis 1 batang
bunga lawang 3 biji
daun kunyit 1 helai
kunyit hidup 2cm
Cili giling 200gm

Bahan C
gula
garam
asam keping
santan 4 kg
kerisik 150gm


Cara Memasak.

Bahan A di hiris/blander halus dan di gaul bersama dengan bahan B dan perapkan daging yang di potong tadi selama lebih kurang 30-45minit,kemudian masukan dalam kuali dan masak sehingga semua bahan sebati barulah masukkan bahan C tadi dan masak dalam keadaan api perlahan dan apabila kelihatan kering dan daging lembut sedikit masukkan bahan D dan biarkan sambil di kacau pelahan-lahan sehingga kering,bila dah kering biarkan seketika dan hidangkan bersama dengan lemang atau makan dengan roti canai memang best...... cubalah!!!

p/s: sesempoinya ku tls resepi ni

0 comments:

Post a Comment

 
Créditos: Templates Novo Blogger | Distributed by Blogger Blog Templates