F.O.O.D is L.O.V.E

-Masakan Tradisional dan Moden -
Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Sayur Terung Goreng Lada dan Taucu





Malam tadi menu ini juga menjadi hidangan aku yang mudah dan cepat untuk kami sekeluarga
maklumlah sibuk dari pagi hingga ke mlm asyik keja aje so balik dah penat
masak yang mudah-mudah aje gitu.......tapi sedapppp (aku le rasa sedap..hehe)

Bahan-bahannya:

Terung 2batang
Bawang merah 1 biji
Bawang putih 2 ulas
cili giling 20gm
taucu 20gm
cili merah 1 batang
cili hijau 1 batang
garam 5gm
gula 5 gm

semua bahan-bahan tadi goreng mcm biasa. panaskan minyak, tumis bawang sehingga naik bau, masukkan terung. kemudian masukkan taucu, cili merah + hijau, garam dan sedikit gula..kacau dalam 5 minit dan angkat..jangan lama2..nanti sayur hilang khasiatnya..

Bagi mereka yang sibuk dan tak tahu nak masak apa untuk hidangan bolehlah mencuba masakan ini pasti menyelerakan bila dimakan dgn nasi panas..sempoi je..utk mereka yang tak sempat nak duduk dapur lama2.

Selamat mencuba.

IKan Goreng Hangit





Malam tadi aku masak ikan bakar hangit yang satu ketika dulu amat popular di PJ..ehhh satu ketika dulu ke..aku rasa ada lagi gerai ni..area Jalan Tandang tu..kawasan2 kilang tu la..
dan mak aku pun pernah masakkan aku masa kecil-kecil dulu nampak macam teruk sangat bunyinya tapi itulah nama sebenar menu yang aku nak kongsi ni.....hehehheee
IkaN HAngIT..ssedap weiii..cuba la..

Bahan-bahannya:

Ikan Cencaru(ikan jaket)
Kunyit 10gm
*cili giling 25gm
asam jawa 30gm (jangan di campur air)
Gula 30gm
Garam 5gm
Cili sos 30gm
Tomato sos 30gm
Kicap 30gm
Minyak untuk goreng

* Kalau nak sedap, blend sndiri cili + bawang besar + bawang putih..


Cara Memasaknya:

Ikan di bersihkan dahulu kemudian di gaulkan semua bahan yang disenaraikan di atas tu sehingga sebati biarkan selama 30 minit

lepas tu mcm biasa panaskan minyak n goreng..memang hangit la..hehehe

sodap dimakan waktu panas2..sampai leh gigit mcm keropok la jaket ikan cencaru tu..

Selamat Mencuba

LAkSa JOhoR



Dah lama betul tak rasa laksa johor.
kemarin aku g makan kat stadium Ipoh lepas kelas memasak
aku tengok gambar wow... sedapnya!!! dan menarik nafsu makan aku nak mencuba,
aku pun orderlah satu nak cuba katakan.....dan bila aku makan :(
alamak x macam laksa johor yang mak aku buat
so aku tak puas hati aku pegi beli bahan-bahannya dan aku masak sendiri dan nilah hasilnya yang betul2 origenal punya..
cubalah!

Resepi Laksa Johor

Bahan-bahannya:

Ikan 2 jenis (parang dan kembung) 1kg
Bawang merah 6 biji
Bawang putih 4 biji
Halia 2cm
Serai 2btg
cili giling 50gm
Lengkuas
Buah keras
Serbuk kari ikan
Kunyit hidup 3cm
Ikan kurau kering 100gm
Udang basah 50gm
Belacan 25gm
Jintan manis 10gm
Jintan putih 10gm
Ketumbar 10gm
Santan 300gm
Kerisik 1 paket kecil


Bahan Hiasan

Timun 1 btg
Daun selasih 3 kuntum
Daun kesom 3 batang
lobak asin 1 pakit
Taugeh 20gm
Bunga kantan
limau kasturi

sambal belacan buat la cara sendiri.


Cara memasak:

1.Ambil ikan dan bersihkan kemudian di rebus sehingga ikan empuk,ditapis dan diasingkan sir 2.Rebusan tadi,isi dan tulang di blender berasingan,
3.Blender bawang merah,bawang putih,halia,serai kunyit,belacan,udang basah serta ikan kering kurau.
4. kemudian bahan-bahan yang diblender tadi ditumis sehingga naik bau
5.Masukan cili kering yang dah diblender + serbuk kari ikan ke dalam tumisan tadi dan masukkan asam keping. biarkan seketika hingga sebati.
6.Masukan isi ikan yang dah diblender dan biarkan lebih kurang 10 minit.
7.Masukkan santan dan kerisik sambil dikacau perlahan-lahan.
8.Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.
9.dah siap..hidangkan bersama laksa biasa atau spagetti

Bahan hiasan:
Hiris timun,taugeh,daun kesom,daun selasih,lobak asin, bunga kantan dan sambal belacan
bersama-sama dengan laksa tadi

* kalau suka masam2..perahlah limau kasturi..

Cubalah....pasti sedap :)

Selamat Mencuba

Sotong Goreng






Bahan-bahannya:

Sotong 200gm
Tepung 20gm
Telur 1 biji
Kunyit 5gm
Garam secukup rasa
Serbuk Cili 5gm
Minyak mengoreng
kapur 1/2 sudu teh

Cara memasak:

Sotong di bersihkan dan di potong cincin
Keringkan seketika dan gaul bersama bahan2 tadi
kemudian goreng...nyummy..rangup tu..

Selamat mencuba

Nasi Ayam Panggang



Bahan-bahannya:

Ayam 1 ekor
Bawang merah 5 biji
Bawang putih 5 biji
Planta 2 sudu
Halia 6cm
Jintan manis 10gm
Jintan Putih 10gm
Madu 2 sudu besar
gula melaka 50gm
Serai 2 batang
lada sulah secukup rasa

stok ayam:
1) sendirinye - air rebusan ayam la
2) amik knorr atau megi ayam tu
Cara Memasak:
1. Buat Nasi Ayam
-Cuci beras dan masukkan stok ayam/ air rebusan ayam
-Tumis bawang merah, halia dan bawang putih dengan sedikit minyak sehingga naik bau
-Tuang bahan tumisan tadi ke dalam beras
-Masukkan dua sudu planta dan kacau.. Masak nasi seperti biasa

2. Buat Ayam Panggang

Ayam diperap bersama dengan bawang merah,bawang putih,halia,jintan manis,jintan putih,madu dan gula melaka dan garam kemudian biarkan dalam 45 minit atau semalaman setelah sebati, goreng atau panggang ayam tersebut..
Menu yang simple....

Selamat Mencuba

Resepi Makaroni Bakar



Menu hari Ahad..MAKARONI BAKAR

Makaroni 1 peket
Telor 2 biji
Mayonis 100gm
Cheese 150gm
Tomato 4bij
Tomato sos 5 sudu besr
Cili sos 3 sudu besar
Double cream 4 sudu besar
Bawang Besar sebiji
Bawang Putih 2 ulas
Daging/ayam kisar secukupnya (nak sedap bubuh lebih skit)
Lada Sulah secukup rasa (agak 1 sudu teh)
Butter 1 sudu besar


Cara
1.Tumis ayam/daging dengan bawang besar dan bawang putih bersama butter sehingga naik bau biar seketika,
2.Dalam masa yang sama gaulkan makaroni yang sudah direbus tadi bersama tomato sos ,cili sos dan mayonis sehingga sebati dan masukkan sedikit garam dan lada sulah.
3.Masukkan makaroni yang sudah digaul tadi ke dalam mangkuk dan letakkan diatasnya daging/ayam yang telah ditumis tadi. letakkan chesse dan hirisan tomato. kemudian buat lapisan kedua. ulang langkah2 seperti tadi.
4. Lapisan akhir, pukul telur dan sedikit garam kemudian tuang di atas lapisan terakhir.
5. Bakar di dalam oven dengan suhu 180 darjah selama 30-40 minit

Sesuai dimakan bila2 masa..

SELAMAT MENCUBA

Resepi Rendang Tok



Ni adalah resepi Rendang Tok yang telah diajar kepada para peserta kursus masakan belia.. kemungkinan ada pelbagai versi utk rendang tok ni..jadi cuba2lah sediakan mengikut resipi ni pula..Selamat Mencuba

Bahan-bahannya:
Daging 1kg
bawang merah 6biji
halia 3cm
serai 2 batang

Bahan A
Jintan manis 10gm
Jintan putih 10gm
ketumba 10gm
(semua ni digoreng tanpa minyak)
buah pelaga 8 biji dibuang kulit

Bahan B
kayu manis 1 batang
bunga lawang 3 biji
daun kunyit 1 helai
kunyit hidup 2cm
Cili giling 200gm

Bahan C
gula
garam
asam keping
santan 4 kg
kerisik 150gm


Cara Memasak.

Bahan A di hiris/blander halus dan di gaul bersama dengan bahan B dan perapkan daging yang di potong tadi selama lebih kurang 30-45minit,kemudian masukan dalam kuali dan masak sehingga semua bahan sebati barulah masukkan bahan C tadi dan masak dalam keadaan api perlahan dan apabila kelihatan kering dan daging lembut sedikit masukkan bahan D dan biarkan sambil di kacau pelahan-lahan sehingga kering,bila dah kering biarkan seketika dan hidangkan bersama dengan lemang atau makan dengan roti canai memang best...... cubalah!!!

p/s: sesempoinya ku tls resepi ni
 
Créditos: Templates Novo Blogger | Distributed by Blogger Blog Templates