F.O.O.D is L.O.V.E

-Masakan Tradisional dan Moden -

Carrot dan Zuccini bersama nasi



Menu ni Uncle chef buatkan untuk baby-baby yang berumur 4-6 bulan.
Kebanyakkan pakar pemakanan mengatakan bahawa pada usia 6 bulan, babies are ready to eat solid food..tapi mama2 semua kena tgk tabiat anak masing-masing..
ada dikalangan baby yang berusia 4 bulan dah bagi hint kat mama semua yang diaorang nak makan banyak..hehe:) so mama semua kena alert..
cuma jangan bagi di dalam kuantiti yang banyak...usus diaorangkan sempit lagi..

dan ibu-ibu semua ingat tau permulaan makanan baby akan makan sedikit aje dalam 2 atau 3 sudu sahaja..

makanan paling mudah untuk baby 4 bulan yang dah mula nak makan ni..just masak nasi n blend je..

then step by step leh ikut menu yang uncle chef buatkan ni.

Carrot dan Zuccini bersama nasi

Bahan-bahannya

1.Carrot 1 batang
2.Zuccini 1 batang
3.Air masak
4.beras bayi 2 sudu besar


Cara-caranya

1.Rebus carrot dan zucinni tadi sampai masak dan betul empuk
2.Angkat dan lumatkan/blend sehingga jadi liquid
3 Masukan 60mls dari air masak
4.masukkan beras bayi (baby rice) ke dalamnya

Bagus untuk permulaan pengenalan bayi pada makanan pejal (solid food) dan sayuran

Selamat mencuba ya ibuuu....setiap kali suap baby di mulakan dengan Bismillah ya ibu2

2 comments:

Mama Safiyyah said...

thank you uncle chef :-)

zaza@mamaHanin said...

uncle..
ader gak petua org dolu2.. katanya beras tu hendaklah direndam dulu.. supaya kembang.. nnti bila rebus takder lah lama sgt and then baby nk membuang pown takder lah susah sgt.. (najis lembut).. tu org2 tua la kata...
kalu ikut kan zaza, mula2 dulu rajin laa.. masa vitamin 'R' ada.. bila Virus 'M' plak menyerang, aku hentam jer lah labuuuu... rebus skaligus semua... bila da masak, beras pown dah kembang jadi bubur barulah diblend/ choped bagi halus.. hanin makan serupa jugak.. 'membuang' pown serupaa gak.. alhamdulillah takder masalah..

Post a Comment

 
Créditos: Templates Novo Blogger | Distributed by Blogger Blog Templates