F.O.O.D is L.O.V.E

-Masakan Tradisional dan Moden -

LAkSa JOhoR



Dah lama betul tak rasa laksa johor.
kemarin aku g makan kat stadium Ipoh lepas kelas memasak
aku tengok gambar wow... sedapnya!!! dan menarik nafsu makan aku nak mencuba,
aku pun orderlah satu nak cuba katakan.....dan bila aku makan :(
alamak x macam laksa johor yang mak aku buat
so aku tak puas hati aku pegi beli bahan-bahannya dan aku masak sendiri dan nilah hasilnya yang betul2 origenal punya..
cubalah!

Resepi Laksa Johor

Bahan-bahannya:

Ikan 2 jenis (parang dan kembung) 1kg
Bawang merah 6 biji
Bawang putih 4 biji
Halia 2cm
Serai 2btg
cili giling 50gm
Lengkuas
Buah keras
Serbuk kari ikan
Kunyit hidup 3cm
Ikan kurau kering 100gm
Udang basah 50gm
Belacan 25gm
Jintan manis 10gm
Jintan putih 10gm
Ketumbar 10gm
Santan 300gm
Kerisik 1 paket kecil


Bahan Hiasan

Timun 1 btg
Daun selasih 3 kuntum
Daun kesom 3 batang
lobak asin 1 pakit
Taugeh 20gm
Bunga kantan
limau kasturi

sambal belacan buat la cara sendiri.


Cara memasak:

1.Ambil ikan dan bersihkan kemudian di rebus sehingga ikan empuk,ditapis dan diasingkan sir 2.Rebusan tadi,isi dan tulang di blender berasingan,
3.Blender bawang merah,bawang putih,halia,serai kunyit,belacan,udang basah serta ikan kering kurau.
4. kemudian bahan-bahan yang diblender tadi ditumis sehingga naik bau
5.Masukan cili kering yang dah diblender + serbuk kari ikan ke dalam tumisan tadi dan masukkan asam keping. biarkan seketika hingga sebati.
6.Masukan isi ikan yang dah diblender dan biarkan lebih kurang 10 minit.
7.Masukkan santan dan kerisik sambil dikacau perlahan-lahan.
8.Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.
9.dah siap..hidangkan bersama laksa biasa atau spagetti

Bahan hiasan:
Hiris timun,taugeh,daun kesom,daun selasih,lobak asin, bunga kantan dan sambal belacan
bersama-sama dengan laksa tadi

* kalau suka masam2..perahlah limau kasturi..

Cubalah....pasti sedap :)

Selamat Mencuba

2 comments:

mamaHanin said...

best la..nk cuba la pasnih..

It's all about cooking..... said...

silakan mencuba mama hanim mesti lebih sedap klau kita buat sendiri dari beli di luar tu

Post a Comment

 
Créditos: Templates Novo Blogger | Distributed by Blogger Blog Templates