F.O.O.D is L.O.V.E

-Masakan Tradisional dan Moden -

Uncle Chef Lasagne



Semalam Atas permintaan ibu-ibu Uncle buatkan satu menu yang selalu uncle buat seketika dahulu semasa di perantauan..


Bahan-bahanya

1.Bayam 200gm (2rm)
2.Bawang merah 2 biji
3.Bawang putih 2 biji
4.Stok sayuran 300ml
5.Daging cincang 500gm
6.Tomato 200gm (rebus dgn kulit dan di kopek kulit bila masak dan chop)
7.Pronto 200gm ( dalam tin)
8.Putih telur 3biji
9.Ricotta chesse 250gm
10.susu 175ml
11.Parmesan chesse 6 sudu besar (disagat)
12.Lasagne 200gm (direndam dengan air suam dahulu)


Cara-caranya

1.Cuci bayam tumiskan bawang merah ,garlic masukkan bayam tadi bersama stok sayuran dalam periuk biarkan selama 5 minit.
2.setelah masak angkat dan tapis dan sejukkan seketika dan blend menjadi puree
3.Dalam masa yang sama panaskan pan dan masukan sedikit minyak dan masukkan daging cincang tadi sampai jadi coklat sedikit
4.Masukan bayam dan tomato yang di chop halus bersama tomato pronto dan masukan garam & pepper
5.Pukul telur dengan ricotta cheese ,kacau bersama susu dan parmesen cheese biar dia jadi
pekat sikit
6.Sediakan lasagne yang sudah di rendam kan tadi,layerkan lasagne , daging cincang,chesse sos
Dan seterusnya.

Jangan makan kenyang2..nanti jadi mcm garfield ni


Selamat mencuba ....

1 comments:

zaza@mamaHanin said...

salam.. slamat pagi uncle..
tenkiu soooo muchh... for the recipe.. unfortunately, dlm masa terdekat nih den tak dapat nk buek dek kerano keBZan den kat opis nih ha..lagipown la nih dok tgh selsema tahap maksima! huhuhu... nnti bila den dah buek, den maklomkan pada uncle k..
pssttt: uncle...takder gambo hasil kerja buek lasagne ker???

Post a Comment

 
Créditos: Templates Novo Blogger | Distributed by Blogger Blog Templates