F.O.O.D is L.O.V.E

-Masakan Tradisional dan Moden -

Spagetti UncLe Chef



agak2 la tgk gambau tu..apa resepi kali ni ekkk
hehehe.. spagetti sempoi dari uncle..
malas nak buat sos spagetti
so uncle tibai je kimball nye brand
sedap gak tau..
tak yah le dok beli yg luau nun
beli je malaysia punye..
sodap weiii especially selasih + bawang putih
jom kita makan spagetti...

BAHAN-BAHANNYA:


spagetti dah siap dirobus..
uncle biasa robus spagetti + garam + sedikit minyak


JOM Makan!

sodap disediakan utk minum potang



jamu2 la mato dulu ye..uncle tak sompek nak lotak resepi..update gambau dulu takut borsawang blog uncle ni



ummi salsabila...



ehmm kenapa entry kali ni tajuknya ummi salsabila
hehe tu bukan resepi tau..

uncle sangat hepi bila resepi yang ada di sini dicuba oleh mama2 semua..
sangat seronok bila reepi menjadi...
dan ahli keluarga hepi dengan masakan tersebut..

thanks to ummi salsabila kerana mencuba dan alhamdulillah disukai ahli keluarga..
kalau BBQ chicken tu mungkin biasa..
tapi aiskrim ni adalah menu spesial dari uncle untuk mama2 semua..
kadang2 kita tak pasti kandungan aiskrim yang ada di pasaran..
jadi alangkah baiknya ibu2 dapat menyediakan sendiri aiskrim untuk anak2 ibu semua..
menu yang sihat lagi menyihatkan..

Jom kita lawat blog ummi n tengok hasil air tangannya...klik sini

p/s: ummi uncle kidnap gambau ye




Ekor lembu asam pedas



menu ni memang jarang2 ibu2 buat untuk hidangan ...apa kata ibu2 semua cuba ya



Bahan-bahannya

1.Ekor lembu 600gm
2.Bawang merah 3biji
3.Bawang putih 4biji
4.Halia 3cm
5.Kerisik 150gm
6.Cili giling 200gm
7.Ketumba 5gm
8.Jintan manis 5gm
9.Jintan putih 5gm
10.Asam keping 3 helai
11.Air asam 1 magkok
12.Air rebusan ekor 1liter
13.Daun kesom 20sen
14.Tomato biji 4 biji (belah 2)
15.Terung bulat 4biji(belah 4)

Cara-caranya

1.Tumiskan bahan yang di blender kemudian masukan cili kering bersama kunyit dan tumis sehingga naik bau dan cili betul2 masak
2.Masukan jintan , kerisik,ketumba dan jintan putih masukan air asam dan biarkan seketika
3.Masukan ekor yang di rebus tadi gaul sehingga sebati
4.Masukan air rebusan ekor kedalam tumisan tadi dan biar kan sekitar 20minit
5.Bila masak dan masukan tomato,terung bulat dan daun kesom serta garam dan gula secukup rasa

p/s Bagi yang suka belacan tak perlulah di bubuh
Makan dengan roti pun sedap ..................Cubalah kalu nak tahu hehehehe

Daging masak 1001 rasa Chef





tengah2 dok depan TV nak menunggu masuk solat maghrib..tengok Rancangan 1001 Rasa Babas..Rancangan ni ok sangat..sebabnya dia ajar kita masak ekspress..

cuma time rancangan ni yang tak best..waktu solat maghrib..

Resipi daging masak apa..tak ingat dah..tapi kita namakan dia

Daging masak 1001 Rasa BABAS..:)

Bahan-bahan:
Daging 300 gm
serbuk lada babas 1 sb
tomato puree (yang ni ku guna sos tomato LIfe je..tomato puree takde)
garam dan gula secukup rasa
Bawang besar (potong bulat)
bawang putih
halia (dihiris nipis)
bunga lawang dan bunga cengkih (nak bagi bau je)

cara nak sediakannya:
1.daging dah siap direbus dan dihiris nipis diperap bersama garam, serbuk lada babas, tomato sauce atau tomato puree dalam 20 minit.
2.sediakan minyak untuk menggoreng. tumis bawang besar, bawang putih sehingga naik bau.
3.masukkan daging yang diperap tadi + halia.
4.masukkan bunga lawang dan bunga cengkih
4.Agak-agak dah sebati semua bahan yang digoreng tadi..angkat dan sedia untuk dihidang!

Masak Lemak Udang + Rebung



Masak Lemak Udang + Rebung



Bahan-bahannya

1. Udang 6OOgm
2.Bawang merah 3biji
3.Bawang putih 4biji
4.Halia 2cm
3. serai 100gm
6.kunyit 10gm
7.Udang kering 20gm
8.Jintan manis 5gm
9.jintan putih 5gm
10.Ketumba 5gm
11.Santan 150gm
12.Rebung 300gm



CARA-CARANYA

1.Tumis bahan-bahan bawang merah,bawang putih,halia sampai naik bau kemudian masukan 2.ketumbar ,jintan manis dan putih serta kunyit sedikit,pastikan ketumba dan jinta putih serta manis di salai dahulu kemudian baru di blender kering
3.Setelah itu masukan udang kering bersama kunyit daun kunyit tumis sampai naik bau
4..Masukan rebung dan tumis serta gaul sehingga sebati
5.Bila rebung empuk masukan santan dan kacau selalu jangan sampai pecah minyak pelahankan api
5.Masukan udang kedalam tumisan tadi dan masukan sekali gula dan garam secukup rasa
6.bila dah masak masukan tomato , cili merah dan hijau ke dalamnya

P/s Saya tak bubuh cili dan tomato sbb stok tak ada kat umah heheheh

SUMMER CAMP SAMBIL BELAJAR MASAKAN



Kepada semua ibu-ibu sempena cuti sekolah ini Uncle chef bercadang untuk adakan Aktiviti cuti sekolah bersama-sama adik-adik mendekati bidang masakan dengan lebih dekat lagi dalam program summer camp

Tarikh pada bulan Jun setiap hari ahad sepanjang bulan Jun ini bagi mereka yang berada di SELANGOR sahaja .

Tarikh 23-24hb Jun

Tempat kem rimba semenyih

Yuran RM 50.00 seorang

Terbuka dari berumur 8 tahun keatas sila hubungi uncel chef untuk tempahan tempat terhad untuk 60 orang aje

0146283835 (urus setia)

Salmon Pisang Panggang



Menu ni memang popular semasa Uncle chef berkerja di kepulauan carribean amat mudah dan cepat serta sedap

Bahan-Bahannya:

1.Ikan salmon 300gm
2.Pisang tanduk 50gm dihiris
3.Lemon 1/2 biji
4.Santan 50ml
5.Bayam 200gm
6.Garam dan lada sulah
7.Bawang merah 1biji
8.Bawang putih 1biji
9.Serbuk Paprika -1/3 suhu teh


Cara-caranya

1.gaul ikan salmon bersama paprika sedikit dan panggang di atas api
2.tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau masukkan santan dan kacau sekejap lebih kurang 5 minit
3.Ambil pisang tanduk tadi gaul dengan paprika dan panggang sekejap
4.perah lemon tadi dalam santan dan tutup api
4.celurkan bayam dan di chop sehingga lumat
5.ambil pinggan dan letakkan bayam ,ikan salmon dan pisang tadi dan tuangkan perahan lemon dan santan dia atasnya

RESEPI NI SESUAI UNTUK ibu dan ayah nak buat candle nite atau makan malam. :)

Kari ayam FAJITAS



Tentu ibu dan mummy tertanya-tanya apa ke benda fajitas ni ya ,sebenarnya ia adalah makanan orang mexico yang di panggil namanya tortillas macam capati cuma di sini uncle ubahsuai untuk orang malaysia.

mudah dan cepat untuk disediakan.

Bahan-bahannya

Totillas atau capati 6 keping
Ayam 200gm potong kiub
Bawang besar 2biji belah 4
Lada merah cameron 1biji
Lada hijau cameron 1biji
Kari ayam 100gm
Tomato puri 1 tin kecil
Manggo chutney 2 sudu besar
santan 200ml
Garam dan gula secukup rasa


Cara-caranya

1.panaskan minyak masukan bawang, lada merah lada hijau cameron
2.masukan ayam yang dipotong dadu kedalamnya dan tumis. Biarkan selama 5 minit
3.Masukan serbuk kari dan kacau sehingga rata
4.masukan manggo chutney bersama tomato puri dan gaul sehingga rata
5.Masukan santan dan kacau sehingga naik bau
6.sejukkan seketika dan tapiskan ambil isi sahaja
7 .Gulung bersama tortillas tadi seperti popia
8.bubuh chess mozarella jika suka dan tabur di atas kemudian di bakar

MEMANG SEDdap CubALAH iBU-Ibu ya........................

Ikan kod dengan sayur bayam



Menu ini amat sesuai bagi baby yang berumur 1 tahun ke atas.
Sumber protin yang bagus untuk bayi.


Bahan-bahannya

Ikan kod 120gm
Bayam 100gm
sweet potato 1 biji
Madu 1/4 sudu teh
susu 1/2 cawan


cara-caranya

1.Bakar ikan tadi sehingga masak.
2.cuci sayur bayam dan rebus selama 5 minit
3.rebus sweet potato sehingga empuk (jangan buang kulit)
4.Bila masak sweet potato itu buangkan kulit dan lenyek ia.
5.masukkan kesemua bahan2yang telah direbus tadi didalam blender campurkan sekali madu dan susu cair(fresh milk)
6.blend kesemua bahan2 tadi..sedia untuk hidangan.

* Kalau tak nak blend, boleh lenyek2 aja

selamat mencuba .................
 
Créditos: Templates Novo Blogger | Distributed by Blogger Blog Templates